Netflix Akan Meningkatkan Kualiti Bunyi Agar Video Lebih Hebat Ditonton Oleh Semua Peminatnya

Teknologi

Netflix Akan Meningkatkan Kualiti Bunyi Agar Video Lebih Hebat Ditonton Oleh Semua Peminatnya

Buat semua pengemar Netflix di Malaysia, ada berita baik untuk anda semua iaitu teknologi bunyi akan ditingkatkan lebih baik agar ia menarik dan hebat untuk ditonton.

Netflix telah mengumumkan kualiti bunyi akan ditingkatkan pada platform streaming mereka dengan mengemaskini sistem audio baharu yang berkualiti tinggi untuk peranti yang menyokong 5.1 atau Dolby Atmos.

Advertisement

Teknologi bunyi yang lebih baik akan menjadikan sesebuah video itu lebih menarik dan hebat untuk ditonton.

Oleh itu, Netflix akan meningkatkan pengekodan pada bitrate berdasarkan setiap peranti dan keupayaan bandwidth yang berbeza.

Penambahbaikan kualiti bunyi ini juga akan dilakukan berdasarkan bitrate yang sesuai untuk beberapa peranti yang berbeza seperti bitrate 5.1 dengan kadar 192 kbps sehingga 640 kbps dan Dolby Atmos pula bakal menawarkan 448 kbps kepada 768 kbps.

Lepasni kalau tengok cerita seram di Netflix lagi takutlah pada waktu malam sebab bunyinya makin kuat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...