Melalui laporan Reuters, Putera Mahkota Arab Saudi iaitu Mohammed Bin Salman dilaporkan sedang pertimbangkan untuk menormalisasikan hubungan di antara Arab Saudi dan Israel.
Netanyahu yakin perdamaian antara Israel dan Arab Saudi akan berlaku?
Difahamkan, pengumuman tersebut dikongsikan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ketika perjumpaan bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Selasa malam.
Menurut Netanyahu, dia berasa yakin perdamaian antara Israel dan Arab bukan sahaja mungkin, tetapi memang akan berlaku.
Saya berkomitmen untuk mencapainya, Presiden (Trump) juga berkomitmen, dan saya yakin para pemimpin Saudi tertarik. Kami akan berusaha keras, dan saya yakin kami akan berhasil.
Ini jawab Putera Mahkota..
Namun begitu, tuan empunya badan iaitu Mohammed Bin Salman sendiri menegaskan bahawa pihak mereka tidak akan menormalisasikan hubungan dengan Israel tanpa penyelesaian adil buat isu di Palestin.
Arab Saudi juga menolak segala upaya untuk mengusir warga Palestina dari tanah mereka.