Nestle Menghasilkan Pembungkus Kertas Boleh Dikitar Semula Yang Pertama Di Dunia

Trending

Nestle Menghasilkan Pembungkus Kertas Boleh Dikitar Semula Yang Pertama Di Dunia

Menjelang tahun 2015, Nestle berazam menghasilkan 100% pembalut makanan yang boleh dikitar semula. Visi ini dilakukan bagi memastikan tiada lagi pembalut makanan termasuk plastik dari syarikat Nestle yang dibuang begitu saja tanpa dikitar semula.

Nestle sememangnya nekad dalam menjaga alam sekitar dengan menghasilkan produk yang tidak merosakkan alam sekitar. Mark Schneider, CEO Nestle berkata masalah pembuangan plastik terutamanya adalah satu masalah besar yang dialami oleh seluruh dunia.

Advertisement

Bagi memastikan keadaan bumi terpelihara, Nestle komited dalam mencari penyelesaian untuk mengurangkan penggunaan plastik.

Terbaru Nestle merupakan yang pertama dalam dunia yang menghasilkan pembungkus gula-gula dari kertas dan boleh dikitar semula. Nestle memaklumkan ini adalah kali pertama candy bar dibungkus dengan pembalut kertas melalui teknologi “high-speed flow wrap”.

Sehingga kini, teknologi “high speed flow wrap” ini hanya boleh dilakukan menggunakan plastik. Ini adalah kali pertama ianya boleh dilakukan menggunakan kertas. Kini kertas boleh digunakan dalam skala yang besar tapi dalam masa yang sama dapat menjamin kualiti dan kesegaran produk.

Fasa pertama penghasilan pembungkus kertas ini akan dilakukan pada snek bar Nestle YES!, koleksi yang menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti buah-buahan, kacang dan sayuran.

Buat masa ini koleksi snek bar Nestle YES! ini hanya boleh didapati di Austria, Belgium, Republik Czech, Paris, Jerman, Ireland, Luxemburg, Malta, Netherlands, Portugal, Slovakia, Spain dan United Kingdom. Nestle juga bercadang akan meluaskan pasaran untuk produk ini ke negara yang lain pada masa akan datang.

Nestle kini menfokuskan kepada tiga perkara utama dalam penghasilan produk mereka iaitu:

  • menghentikan pembuatan plastik yang tidak boleh dikitar semula,
  • menggalakkan penggunaan plastik boleh dikitar semula,
  • menghentikan atau mengubah kombinasi kompleks untuk material pembungkus.

Sumber: Nestle

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...