Menjelang tahun 2015, Nestle berazam menghasilkan 100% pembalut makanan yang boleh dikitar semula. Visi ini dilakukan bagi memastikan tiada lagi pembalut makanan termasuk plastik dari syarikat Nestle yang dibuang begitu saja tanpa dikitar semula.
Nestle sememangnya nekad dalam menjaga alam sekitar dengan menghasilkan produk yang tidak merosakkan alam sekitar. Mark Schneider, CEO Nestle berkata masalah pembuangan plastik terutamanya adalah satu masalah besar yang dialami oleh seluruh dunia.
Bagi memastikan keadaan bumi terpelihara, Nestle komited dalam mencari penyelesaian untuk mengurangkan penggunaan plastik.

Sehingga kini, teknologi “high speed flow wrap” ini hanya boleh dilakukan menggunakan plastik. Ini adalah kali pertama ianya boleh dilakukan menggunakan kertas. Kini kertas boleh digunakan dalam skala yang besar tapi dalam masa yang sama dapat menjamin kualiti dan kesegaran produk.
Fasa pertama penghasilan pembungkus kertas ini akan dilakukan pada snek bar Nestle YES!, koleksi yang menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti buah-buahan, kacang dan sayuran.

Nestle kini menfokuskan kepada tiga perkara utama dalam penghasilan produk mereka iaitu:
- menghentikan pembuatan plastik yang tidak boleh dikitar semula,
- menggalakkan penggunaan plastik boleh dikitar semula,
- menghentikan atau mengubah kombinasi kompleks untuk material pembungkus.
