Seorang pemuda mengambil masa tiga malam untuk merungkai 840 kiub Rubik bagi menghasilkan potret gergasi gadis yang dicintainya, malangnya, cintanya ditolak.
Tong Aonan memberitahu CNN dia bukan saja kehilangan tiga malam yang sepatutnya digunakan untuk tidur, malah dia juga kerugian 460 yuan (RM 284.58) yang digunakan untuk membeli kiub tersebut, serta dua bulan masa yang dihabiskan untuk memetakan rekaan potret setinggi 2.6 meter dan selebar 1.37 meter.
Semua ini dilakukan untuk menyatakan hasrat hatinya, tetapi apabila ia dikemukakan pada gadis tersebut, dia menyatakan ‘tidak.
Ouch.
Pemuda itu yang berusia 27 tahun, tinggal di Shenyang, China, dan bekerja sebagai seorang mekanik, bagaimanapun menerima keputusan gadis itu dengan tenang.
Saya tak fikirkan sangat tentang itu. Saya hanya mahu buat dia terkejut dan beritahu dia saya sukakannya…tetapi saya ditolak.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Tong memberitahu dua juga tidak berkecil hati dengan keputusan gadis itu, bagaimanapun masih tidak tahu apa hendak dibuat dengan potret gergasi di dalam biliknya.
Ramai netizen lelaki yang tidak berpuas hati memberitahu mereka memahami kepedihan Tong dan mengecam kekejaman wanita.
Kalau tiada duit, kamu kena ada rupa. Kalau dua-dua pun tiada, kamu tak bernasib baik.
Seorang lagi berkata:
Sekiranya wajahnya kacak pasti hadiah ini akan diterima dengan tangan terbuka. Wanita hanya memandang luaran.
Rasanya, kamu sebenarnya hanya perlu pergi ke gimnasium, bro. Ambil saja contoh Jordan Yeo di bawah:-
You can do it!-amazingnara.com