Usahawan penuh kontroversi, Nur Sajat baru-baru ini ada memuat naik video memaparkan dia sedang lincah beraksi di atas sebuah pentas persembahan di Australia.
Difahamkan, Sajat menjadi ‘show girl’ pada malam itu dan dikehendaki untuk menari serta berjoget buat tatapan tetamu yang hadir.
View this post on Instagram
Dia yang sedia seksi tampil mengenakan skirt pendek dan juga ‘bra’ sehingga menampakkan sebahagian bentuk tubuh badannya.
Dalam hantaran tersebut, Sajat mengucapkan rasa syukur kerana diberikan peluang untuk membuat persembahan di Newtown Hotel.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil meninggalkan nasihat padu buat Sajat.
View this post on Instagram
Ada juga yang menulis komen bahawa hanya neraka destinasi terakhir lelaki itu setelah meninggal dunia kelak.
Terdahulu, Sajat telah berjaya meloloskan diri untuk mendapatkan perlindungan di luar negara setelah dia terpalit isu jantina dan juga kes saman melibatkan perniagaan yang diusahakannya sebelum ini di Malaysia.