“Neraka Dah Kosong, Kamu Syaitan Di Ruangan Komen” – Puteri Balqis Dikutuk Muka Awam & ‘Homeless’ , Ibu Tampil ‘Back Up’

Hiburan

“Neraka Dah Kosong, Kamu Syaitan Di Ruangan Komen” – Puteri Balqis Dikutuk Muka Awam & ‘Homeless’ , Ibu Tampil ‘Back Up’

Ibu kepada pelakon berbakat, Puteri Balqis, iaitu Norashikin Mohd Aziz meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir netizen yang menghina penampilan dan latar belakang keluarganya secara terbuka di media sosial.

Dalam satu hantaran panjang di Instagram, Norashikin menempelak komen-komen jelik yang mempersenda kemiskinan, trauma, dan gaya hidup keluarganya. Beliau turut menyindir golongan yang menggunakan imej keagamaan untuk menghakimi orang lain.

Advertisement

Saya terbaca komen-komen kamu. Simpan hidayah dan kepercayaan karut kamu. Dengar pula hidayah dan kepercayaan daripada kami.

Norashikin mempersoalkan bagaimana ada individu yang bertopengkan kesolehan tetapi tidak segan mencaci ibu tunggal sepertinya yang berusaha membesarkan anak dalam keadaan sukar.

Mabuk, main perempuan, tapi solat. Terus rasa diampunkan. Bertukar-tukar isteri, tapi berselindung di sebalik nama agama.

Beliau turut berkongsi beberapa tangkap layar komen netizen yang melabel mereka sebagai “homeless” dan mengkritik mereka kerana tidak bertudung. Katanya, walaupun keluarganya memiliki tatu dan tidak menepati norma masyarakat, mereka tidak pernah menjatuhkan orang lain.

Kami pernah susah dan bangkit semula. Kami sayang haiwan, setia pada satu pasangan dan anak, dan kami tidak berselindung.

Norashikin menegaskan, penghinaan yang dilemparkan merupakan cerminan kejahatan manusia yang bertopengkan moral. Malah, beliau mengingatkan bahawa kematian adalah ‘plot twist’ yang mungkin mengangkat martabat insan yang dihina.

Neraka dah kosong. Semua syaitan ada di sini. Semua syaitan macam kamu, ada di ruangan komen.

Puteri Balqis pernah meraih simpati rakyat Malaysia selepas berkongsi kisah hidupnya yang penuh dugaan, termasuk masalah kesihatan dan tekanan hidup. Kini, ibunya tampil mempertahankan maruah keluarga yang terus tabah berdepan kecaman masyarakat.

Selain itu, ami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Adira suhaimi buka mulut isu bff bella astillah dan sophia albarakbah
2025-08-05 14:14:58

"Betul Kami Ada Mesej Semalam.." - Adira Buka Mulut Isu Panas Bella Astillah Dan Sophia Albarakbah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...