Neopets Secara Rasmi Memperkenalkan Mobile Game Terbaru Legends & Letters

Trending

Neopets Secara Rasmi Memperkenalkan Mobile Game Terbaru Legends & Letters

Sebelum wujudnya Pokemon Go, permainan Neopets satu ketika dahulu menjadi kegilaan ramai. Didalam dunia maya yang dipanggil sebagai Neopia, anda boleh mereka sendiri haiwan peliharaan digital anda dalam pelbagai warna mahupun spesis.

Advertisement

Bukan itu sahaja, anda juga boleh berlawan dengan Neopets lain di Battledome.  Tentu sekali permainan ini menyingkap kembali memori menyeronokkan.

Terbaru, Neopets secara rasmi telah mengumumkan permainan berbentuk teka-teki yang dibangunkan khas untuk telefon bimbit iaitu Neopets Legends and Letters.

Ketua Pegawai Eksekutif,  David Lord mejelaskan bahawa Legends and Letters merupakan kombinasi dari “Neopets Lore”, sebuah game puzzle yang menggabungkan unsur pertempuran.  Neopets anda akan dapat melawan musuh yang dikawal oleh komputer.

Tentu sekali ia akan memberikan pengalaman yang cukup menarik apabila menggabungkan elemen permainan baru dan lama. Legends and Letters  akan dikeluarkan untuk kedua-dua iOS dan Android. Siapa yang sudah tidak sabar untuk main permainan ini?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...