Sebelum wujudnya Pokemon Go, permainan Neopets satu ketika dahulu menjadi kegilaan ramai. Didalam dunia maya yang dipanggil sebagai Neopia, anda boleh mereka sendiri haiwan peliharaan digital anda dalam pelbagai warna mahupun spesis.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh berlawan dengan Neopets lain di Battledome. Tentu sekali permainan ini menyingkap kembali memori menyeronokkan.
Terbaru, Neopets secara rasmi telah mengumumkan permainan berbentuk teka-teki yang dibangunkan khas untuk telefon bimbit iaitu Neopets Legends and Letters.
Ketua Pegawai Eksekutif, David Lord mejelaskan bahawa Legends and Letters merupakan kombinasi dari “Neopets Lore”, sebuah game puzzle yang menggabungkan unsur pertempuran. Neopets anda akan dapat melawan musuh yang dikawal oleh komputer.
Tentu sekali ia akan memberikan pengalaman yang cukup menarik apabila menggabungkan elemen permainan baru dan lama. Legends and Letters akan dikeluarkan untuk kedua-dua iOS dan Android. Siapa yang sudah tidak sabar untuk main permainan ini?