Pelakon Nabila Huda atau lebih mesra disapa Abil berkongsi berita pilu apabila neneknya Indon Ramli telah menghembuskan nafas terakhir Rabu lalu.
Mengakui arwah neneknya merupakan individu yang telah menjaga dan membesarkannya sejak di zaman kanak-kanak, beliau difahamkan sukar untuk menempuh dugaan seperti ini.
Malah anak kepada penyanyi Rock Amy Search itu juga turut berkongsi perkara tersebut bersama pengikutnya di laman Instagram.
Beliau yang tidak pernah melalui fasa kehilangan dalam hidup itu langsung tidak pernah menggambarkan bahawa perkara seperti ini akan terjadi kepadanya.
Hal ini kerana, beliau dilihat agak sukar untuk mengharungi dugaan seperti ini kerana terlalu sayang akan arwah neneknya.
“Abil Takut Nak lalui perasaan tu.Abil slalu fikir Kuat ke Abil untuk menghadapi situasi tu. Tapi hari ini..6th May 2020, Abil kehilangan nenek Abil..Dia Pergi jam 7 tadi. Dia lah Nenek yang jaga Dan membesarkan Abil dari kecik.
“Nenek dah Takde..Perkara yang paling Abil Takut dalam hidup Terjadi Pada hari ini..Seriously, I’m lost. Dada rasa sakit macam perasaan tak lepas,” katanya.
Tulis Nabila lagi, beliau juga memohon kepada yang mengenali arwah neneknya supaya menghalalkan segala yang pernah dilakukan oleh arwah, malah menyeru para pengikutnya untuk turut sama menitip doa buat arwah neneknay.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya dan rakan artis turut berdukacita atas kehilangan nenek Nabila malah turut menzahirkan ucapan takziah buatnya seisi keluarganya.