Nenek 80 Tahun Terlantar Sakit, Cucu Bawa Balik Perempuan Buat ‘Projek’

Kehidupan

Nenek 80 Tahun Terlantar Sakit, Cucu Bawa Balik Perempuan Buat ‘Projek’

Seorang lelaki bujang yang tinggal bersama neneknya telah ditangkap khalwat oleh  penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dengan seorang wanita warga asing dalam serbuan di sebuah rumah di Mersing.

Menurut laporan, serbuan dilakukan kira-kira jam 10 malam dan ketika itu nenek lelaki berusia 30-an tersebut yang berusia 80 tahun turut berada di dalam rumah dalam keadaan terlantar uzur.

Advertisement

Difahamkan, rumah itu adalah milik warga emas berkenaan dan lelaki tersebut tinggal bersamanya untuk menjaga nenek yang tinggal seorang diri.

Hasil siasatan mendapati, wanita berusia 30 an yang masih bujang itu baru sahaja berkenalan dengan lelaki berkenaan melalui sebuah aplikasi sembang popular di internet.

tangkap khalwat

Tambah sumber, selepas berbual dan berhubung menerusi panggilan video, wanita tersebut nekad datang ke Mersing untuk berjumpa lelaki itu buat pertama kali.

Namun, pertemuan singkat itu telah membuatkan mereka ‘terjerat’ sehingga dicekup kerana disyaki melakukan khalwat di dalam rumah berkenaan.

Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) turut menyertai serbuan itu di mana lelaki berkenaan kemudian ditahan pegawai kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Dalam pada itu, JAINJ turut berkata kesalahan berkhalwat boleh membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

wanita ditangkap khalwat bersama tiga lelaki
2025-08-20 10:38:59

Wanita Ditangkap Khalwat Bersama Tiga Lelaki Baru Dikenali, Dah 2 Hari Tempah Bilik Hotel

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...