Gadis secantik Nelydia Senrose tidak terlepas dengan soalan adakah beliau sudah mempunyai kekasih baru selepas dua tahun putus cinta bersama Qi Razali.
Ingin berkahwin dan berkeluarga sama seperti orang lain, Nelydia bagaimanapun tidak terlalu terdesak untuk mencari cinta. Tidak dinafikan, gagal dalam percintaan sebelum ini membuatkan beliau serik.
Saya masih ‘single’. Selepas melalui fasa hubungan yang lama, yang kemudiannya tidak berpihak kepada diri ini, ia membuatkan saya bagai tersedar daripada lamunan. Cinta juga kini bukanlah keutamaan dan saya sendiri tidak memberikan tumpuan kepada perkara itu. Lagipun, tiada rezeki untuk saya bercinta dengan sesiapa. Selepas putus cinta, hala tuju saya lebih kepada kerjaya, keluarga, perniagaan dan diri sendiri.
Buat masa ini, saya tidak mahu terdesak mencari cinta. Bagaimanapun saya yakin, akan ada juga jodoh untuk saya satu hari nanti. Andainya dipanjangkan umur dan ada rezeki, saya juga mahu berkahwin seperti orang lain.
Kalau diri masih tidak bersedia, janganlah terburu-buru untuk mencari cinta. InshaAllah satu hari nanti pasti Nelydia akan bertemu dengan jejaka yang berjaya membuka pintu hatinya untuk bercinta semula.