July 13th, 2018

Khabar tentang perkahwinan Nelydia Senrose bersama cinta hatinya, Hafiz sudah mula diperkatakan. Sebelum ini, Nelydia agak malu-malu untuk mengakui tentang perkara itu dan memberitahu beliau masih belum membuat sebarang keputusan untuk berkahwin.

Tapi lain pula kali ini apabila Nelydia mengakui sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan meskipun sedang sibuk menjalani penggambaran.

Setakat ini persiapan perkahwinan berjalan dengan lancar. Bila atau tarikh nikah tu, biarlah saya umumkan kemudian. Bukan apa, buat masa ini ada beberapa perkara yang belum selesai. Sampai waktunya nanti saya akan beritahu semua secara rasmi. Saya pun tak mahu sorokkan perkara yang baik. Doakanlah yang terbaik buat saya ya!

Nelydia sedang sangat bahagia dengan kekasihnya itu, walaupun baru sahaja beberapa bulan mengenali hati budi masing-masing, pelakon jelita ini terpikat dengan sikap Hafiz yang matang dan memahami. Itu adala antara ciri-ciri lelaki idamannya.

Kami bercinta baru beberapa bulan. Kalau ikutkan, memang terlalu cepat kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Nak tahu, bila dah kenal, terdetik di hati dialah orangnya. Apa yang membuatkan saya yakin memilih dia sebagai pasangan hidup adalah kerana ciri-ciri lelaki yang saya mahukan ada padanya. Dia seorang yang memahami, caranya membuatkan saya selesa, mempunyai ekonomi yang stabil dan sangat matang.

Semoga perancangan perkahwinan mereka berdua ini dipermudahkan dan semoga diberkati jodoh sehingga ke akhir hayat. Tidak sabar untuk melihat Nelydia dalam busana pengantin, mesti cantik kan?

Sumber Berita : URTV


37 responses to “Nelydia Senrose Teruja Bakal Bergelar Isteri, Persiapan Kahwin Berjalan Lancar”

  1. Anonymous says:

    langkah bendul lah ye..kakak ko minta ape ye..serba berdiri ke.

  2. Anonymous says:

    jodoh dia… ramai pulak yg jeles… tp kang jupa laki kaya skit korang yg meroyan teruk ajak kawin… sudah2 ler kutuk jodoh dia… jodoh memasing

  3. Aku says:

    Eeee dah banyak kali kena sentuh. Bagus la nak kahwin. Lepas kahwin jangan ada watak peluk peluk lagi ye.

    • Jgn hitamkn Hati says:

      Jgn buat fitnah awak… mulut kite ni kl nk berckp kene was pada..dosa memfitnah ni lagi besar Kak. Kang Nti Payah plk Kat sana. Sy Ingat kan je..

  4. Jerk says:

    NMpk kya je,trus trbuka ati nk kwin.haha!!spesis nk snang smpi bla2,klu blh nk lki msakkan..mcm nora dnish,blikn jm mhal mcm eina.,msuk umh lap kki je

  5. Anonymous says:

    kaya mestilah di tangkap cepat2….. nanti terlepas… tapi mesti kuat, nanti macam laki nora dulu masa pregnant cerai sebab nak retis juga

Loading...