Nelydia Senrose Risau Andai Covid-19 Kembali Serius

Hiburan

Nelydia Senrose Risau Andai Covid-19 Kembali Serius

Akui bimbang sekiranya kes pandemik COVID-19 kembali meningkat dan serius seperti sebelum ini, pelakon sensasi Nelydia Senrose yakin sekiranya negara kembali menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah pasti ramai pihak akan terjejas.

Nelydia Senrose Risau Andai Covid-19 Kembali Serius

Advertisement

Katanya lagi, hilang sumber mencari rezeki merupakan salah satu kesan yang mampu diraih segelintir pihak andai PKP kembali dilaksanakan.

“Macam sebelum ini, kita semua dah lalui PKP dan ramai pihak terjejas. Ada yang hilang kerja dan pendapatan kalau boleh tak mahu lagi ia berlaku, nanti tak boleh kerja.”

Bagaimanpun aktres jelita ini tidak terlepas untuk memohon agar orang ramai terus patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Nelydia Senrose Risau Covid-19 Kembali Serius

“Kita boleh elak Covid-19 daripada terus merebak jika patuh kepada SOP kerajaan. Macam saya sendiri selepas pulang daripada shooting di Brazil bersama Havaianas, saya terus kuarantin diri sendiri.”

Ujar Nelydia lagi, selain dirinya bijak mengambil langkah berjaga-jaga ketika pulang dari luar negara tempoh hari, kesedaran dalam diri perlu ada agar perkara lalu tidak berulang lagi.

Nelydia Senrose Risau Covid-19 Kembali Serius

“Saya juga menolak untuk kembali ke set dalam tempoh tersebut kerana berwaspada, tidak mahu menjadi sebab sekiranya dijangkiti.”

Untuk rekod, Nelydia sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi membabitkan sebuah jenama kosmetik Chriszen Malaysia Sdn Bhd yang mendakwa dirinya melanggar kontrak sebagai duta, tahun lalu.

Malah syarikat berkenaan juga difahamkan mahu menuntut pulangan wang sebanyak RM160,000 daripada Nelydia sebagai ganti rugi.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...