Nelydia Senrose Nafi Kembali Bercinta Dengan Qi Razali

Hiburan

Nelydia Senrose Nafi Kembali Bercinta Dengan Qi Razali

Sering dilihat keluar bersama dan baru-baru ini dikatakan menikmati percutian di Koh Lipe, Thailand, ada pihak yang mendakwa Nelydia Senrose dan Qi Razali sudah kembali bercinta secara senyap-senyap.

Advertisement

Namun, Nelydia menafikan gosip tersebut dan sekali lagi menegaskan mereka sekadar rakan baik serta tidak pernah bermusuh sejak putus cinta sekitar bulan Ogos tahun lepas.

Walaupun sudah putus, kami tidak pernah bermusuh. Hubungan kami masih baik dan sesekali kami bercakap soal kerja dan tidak lebih dari itu.

Namun, saya tidak mahu terlalu bercakap mengenai perkara ini kerana kita tidak tahu bagaimana keadaan pada masa akan datang.

Ada pula khabar angin yang mengatakan Nelydia akan berkahwin pada tahun ini.

Berikut jawapan Nelydia ketika menjawab soalan tersebut :-

Kalau betul saya nak kahwin dalam masa terdekat ini, sudah tentu sekarang saya sibuk membuat persiapan kahwin. Sebaliknya saya kini sibuk di lokasi penggambaran.

Bak kata Nelydia kalau dimasa hadapan mereka masih ada jodoh untuk bersama siapa yang tahu bukan?  Mungkin Nelydia mahu mengejar cita-citanya dahulu sebelum berkahwin, maklumlah beliau masih lagi muda pasti ada banyak lagi impian yang belum tercapai.

Sumber Berita: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...