July 13th, 2017

Sejak kebelakangan ini, gosip Nelydia Senrose bercinta dengan seorang duda yang juga bekas suami kepada seorang pelakon popular hangat diperkatakan. Ada spekulasi mengatakan Nelydia dan duda itu sudah mempunyai rencana untuk berkahwin. Namun, Nelydia menafikan gosip tersebut. Jelas Nelydia, hubungan beliau dengan jejaka itu hanya sekadar teman biasa dan tidak pernah keluar berdua-duaan.

Memang saya ada terdengar gosip kononnya saya bercinta dengan lelaki berkenaan. Malah, ada juga rakan artis yang bertanyakan hal itu kepada saya, kerana kononnya mereka nampak saya keluar dengannya.  Jujur saya katakan di sini, saya memang tiada sebarang hubungan dengan lelaki dimaksudkan itu. Malah, saya sendiri hairan macam mana perkara seperti ini boleh tersebar?

Saya akui, kami memang berkawan, tetapi setakat rakan biasa saja. Kalau keluar pun, kami berbuat demikian secara beramai-ramai dan saya ditemani kakak serta adik. Kami tidak pernah keluar berdua.

Tambah Nelydia beliau bukanlah seorang yang senang untuk jatuh cinta. Jika jodohnya sudah tiba nanti, Nelydia berharap beliau mendapat seorang lelaki yang matang dan boleh membimbing beliau menjadi seorang isteri yang solehah.

Sumber Berita : BH ONLINE  


Comments are closed.

Loading...