Nelydia Senrose Mahu Sambung Pengajian Di Australia

Hiburan

Nelydia Senrose Mahu Sambung Pengajian Di Australia

Aktres Nelydia Senrose telah meluahkan hasrat beliau untuk melanjutkan pelajaran  dalam bidang International Business di luar negara kerana ingin mendalami ilmu serta pengalaman bagi mengembangkan lagi perniagaan produk kecantikan, Secret Of Senrose milik beliau bersama kakaknya Uqasha Senrose.

Advertisement

Mempunyai niat untuk melanjutkan pelajaran di United Kingdom, Nelydia bagaimanapun terpaksa memilih untuk belajar di Australia kerana perbelajaan di United Kingdom lebih tinggi.

Buat Nelydia, beliau mahu menyambung pelajaran di luar negara adalah kerana ingin lebih fokus dalam pelajaran kerana yakin akan bersaing dengan pelajar bijak lain daripada seluruh dunia.

Saya merancang nak sambung belajar di luar negara hujung tahun hadapan. Mulanya saya mahu melanjutkan pelajaran di United Kingdom. Tapi memandangkan perbelanjaan di sana lebih tinggi, mungkin saya akan memilih Australia sebagai pilihan kedua.

Saya rasa perniagaan sedikit sebanyak dapat membantu menampung kehidupan kita di masa hadapan. Bila berniaga, banyak perkara yang kita boleh pelajari. Lagipun, saya masih muda dan saya mahu mencuba pelbagai bidang.

Dalam perkembangan lain, Nelydia kini sibuk dengan penggambaran drama ‘Lara Hati’ untuk terbitan TV9. Selain itu, dia mungkin muncul dalam dua buah filem. Bagaimanapun, Nelydia enggan berkongsi mengenai perkara itu kerana masih dalam perbincangan.

Kami rasa ia adalah satu langkah yang bijak untuk Nelydia Senrose menuntut ilmu dan mengembangkan lagi perniagaan beliau. Dunia berlakon ini ada pasang surutnya jadi lebih baik sediakan sesuatu yang lebih menjamin masa depan anda.

Sumber Berita: Tonton Extra

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...