January 9th, 2017

Kehadiran adik beradik Senrose seperti Nelydia, Uqasha dan Raysha sering mencuri tumpuan ramai dari segi kerjaya, penampilan dan kisah cinta mereka. Mereka boleh dikatakan antara keluarga selebriti popular.

Apabila sudah popular, tentu sekali ada juga sesetengah pihak yang sering mencari kesalahan dan sering menngkritik mereka.

Berbicara mengenai isu tersebut, Nelydia akui kehidupan ini tidaklah selalu indah dengan pujian semata-mata.

Orang akan sentiasa bercakap walaupun kami tak buat apa-apa. Apatah lagi kalau ada isu yang timbul.  Macam nilah, saya rasa baik saya, Uqasha mahupun Raysha, tiada antara kami yang mampu menutup mulut orang. Apa yang kami boleh buat ialah berikan yang terbaik pada kerja dan industri. Masing-masing mainkan peranan. Yang mana mahu berlakon, teruskan. Yang mana mahu bisnes atau belajar, juga teruskan.

Namun, ia tidak bermaksud mereka tidak peduli dengan apa yang diperkatakan oleh orang ramai tetapi mereka tahu bahawa orang tetap akan cuba mencari sesuatu perkara yang boleh dibicarakan berkaitan dengan mereka.

Ia bukan bermaksud kami dah tak peduli apa orang nak kata, cuma iyalah, kita semua tahu orang diluar sana akan sentiasa punya benda untuk diperkatakan. Dari sudut positif, ya, mungkin mereka sebenarnya prihatin dengan kami bertiga. Kalau dalam bab itu, syukur juga.

Susah untuk puaskan hati semua pihak tetapi kalau kita layan setiap kritikan orang, memang boleh berikan tekanan juga. Bak kata Nelydia, mulut orang kita tidak boleh tutup dan terima sahajalah jika mereka ingin berkata-kata.

Sumber Berita : Utusan Malaysia


Comments are closed.

Loading...