Nelydia Senrose Dan Qi Razali Tidak Pernah Putus Cinta ?

Hiburan

Nelydia Senrose Dan Qi Razali Tidak Pernah Putus Cinta ?

Tentu ada peminat Nelydia Senrose yang masih ingat dengan pengakuan aktres berkenaan yang sudah menamatkan hubungan percintaan beliau bersama Qi Razali sekitar bulan Oktober tahun lepas.

Advertisement

Malah, Nelydia juga dikatakan merajuk dan hendak membawa diri dengan melanjutkan pelajaran di luar negara.

Walaubagaimanapun, menurut Miss J di Utusan Online, kisah putus cinta Nelydia dan Qi cumalah sandiwara semata-mata. Mereka sebenarnya masih lagi bergelar kekasih.

Tindakan Nelydia dan Qi adalah sekadar untuk megaburi mata peminat dan agar kisah cinta mereka tidak lagi menjadi gosip serta perhatian media.

Buat mereka, tiada manfaatnya untuk mendedahkan percintaan mereka kepada umum kerana ia mungkin boleh menimbulkan perselisihan faham.

Malah, ketika diluar Nelydia dan Qi hanya berlagak seperti teman biasa dan tidak lagi menunjuk aksi mesra.

Nampaknya mereka memang berjaya mengaburi mata peminat  bukan?  Selama ini Nelydia dan Qi cuma “cover line” sahaja.  Baguslah kalau masih bergelar pasangan kekasih, kami harap mereka berdua dapat kekal sehingga jinjang pelamin.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...