Baru sahaja pulang dari menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya, pelakon jelita Nelydia Senrose memberitahu beliau bakal berkahwin pada tahun ini dan selalu berdoa agar segalanya dipermudahkan.
Sebenarnya beliau sudah merencana untuk mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun lalu, tetapi hasrat itu terpaksa ditunda kerana jadual kerja Nelydia yang agak padat.
Kalau doa saya dimakbulkan Insya-Allah saya ingin berkahwin tahun ini, saya berdoa agar dipermudahkan urusan tersebut kalau ia betul dan kalau bukan jodoh juga saya minta dipermudahkan.
Sepatutnya kami rancang untuk berkahwin hujung tahun lalu tapi mungkin belum masa lagi sebab itu tak jadi. Tahun lalu jadual sibuk dengan penggambaran drama.
Buat masa ini, Nelydia belum ingin berkongsi lebih lanjut mengenai perkara itu dan hanya akan mengumumkan tarikh pernikahannya sekiranya persiapan perkahwinan sudah 80 peratus siap.
Nelydia mula bercinta dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Hafiz sejak April 2018. Kami doakan agar segala perancangan mereka dipermudahkan.