July 5th, 2018

Umum mengetahui pelakon jelita, Nelydia Senrose sedang hangat bercinta dengan jutawan muda yang dikenali sebagai Hafiz. Pernah menerima hadiah sebentuk cincin daripada kekasihnya itu, kini khabar angin bertiup kencang mengatakan mereka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Mengakui sudah bersedia untuk bergelar isteri, Nelydia bagaimanapun memberitahu belum membuat sebarang keputusan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Namun, sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara itu akan dibuat menerusi satu sidang media khas jika segalanya sudah pasti. Buat Nelydia, benda baik tidak perlu disorok.

Memang sudah bersedia. Cuma nanti kami rancang untuk buat sidang media untuk umumkan mengenai hal tersebut. Bukanlah di dalam tempoh terdekat memandangkan soal kahwin bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang sebelah mata. Saya hanya akan umum apabila semuanya sudahpun pasti.

Saya tak nak lah sorok perkara yang baik, malah sebelum ini pun saya ada berjanji kepada rakan media untuk beritahu hari bersejarah itu apabila tiba masanya. Cuma itulah, bukanlah dalam masa terdekat. Tapi betul, perjalanan untuk ke arah itu memanglah ada.

Kami harap kali ini Nelydia benar-benar ada jodoh dengan cinta hatinya sehingga ke jenjang pelamin. Semoga segala perancangan mereka dipermudahkan.

Sumber Berita : Media Hiburan


25 responses to “Nelydia Senrose Bakal Adakan Sidang Media Khas Umum Tarikh Perkahwinan?”

  1. anonymous says:

    bini bini penjilat umngok tak dak dedak lah paih ni

  2. Anonymous says:

    Mesti buat sidang akhbar nanti lari ini lelaki blm.sempat kumpul harta rugi… mcm hanez buat sidang media biar pun lelaki tu suami org

  3. TABUAN says:

    NI TANYA AJE YA….
    KALO MAMAT NI DREBAR GRAB…
    AGAK2 KO NAK JADIKAN MATAIR TAK?

  4. Anonymous says:

    kawin je la oiiiii

  5. Anonymous says:

    alhamdulillah… jumpa jodoh sudah… semoga semua nyer berjalan lancar
    yg kutuk2 ni sukahati dia lah nk buat sidang ke tidak… yg dtg bukan korang..

Loading...