Pelakon cantik manis Nelydia Senrose mengakui beliau kini sedang berkawan rapat dengan seorang jutawan muda yang dikenali sebagai Mr H. Mereka sudah beberapa bulan berkenalan dan kini dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing.
Nelydia bagaimanapun tidak menolak andainya beliau dan Mr H ditakdirkan mempunyai jodoh sehingga ke jenjang pelamin dan meminta peminat mendoakan yang terbaik buat mereka.
Saya memang berkawan dengannya, tetapi sejauh mana hubungan kami saya tak mahu komen lebih. Cuma saya mohon doakan jodoh yang terbaik untuk saya. Jika sudah ditakdirkan dan kami ada jodoh, saya memang nak akhiri zaman bujang. Bagaimanapun buat masa ini, saya tidak mahu ulas panjang kerana tidak mahu kisah cinta tidak kesampaian berulang kembali.
Terdahulu, Nelydia dikatakan sudah bertemu cinta baharu apabila foto mesranya berpelukan bersama Mr H mula tersebar di media sosial sekitar minggu lalu.