Nelydia Bukan Punca Perpisahan Saya Dan Yuna – Qi Razali

Hiburan

Nelydia Bukan Punca Perpisahan Saya Dan Yuna – Qi Razali

Fuh ~~ Tak habis-habis orang menyalahkan Nelydia Senrose sebagai punca perpisahan Qi Razali dan Yunalis Zarai. Nasib baiklah tuan punya badan, Qi telah tampil untuk menjelaskan keadaan. Kalau tidak, mesti Nelydia dicop perampas oleh segelintir manusia di luar sana.

nelydia dan qi

Advertisement

Berkata kepada Kosmo, Qi Razali menjelaskan punca perpisahannya dengan Yuna:-

Saya ingin jelaskan bahawa punca utama perpisahan saya dan Yuna adalah disebabkan jarak kami yang berjauhan. Ia tidak berkaitan langsung dengan Nelydia. Dia (Nelydia) bukan orang ketiga yang menyebabkan hubungan saya dan Yuna dahulu putus. Lagipun hubungan kami (Yuna) sudah tinggal sejarah dan rasanya tidak perlu lagi mengaitkan diri saya dan Yuna kerana masing-masing sudah mencari haluan hidup sendiri

nelyWalaupun sudah rapat dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing, Qi mengakui yang dia tidak pernah meluahkan rasa cinta terhadap Nelydia. Fuh ~~ Agak bahaya di situ sebenarnya. Lebih baik cepat-cepat luahkan takut ada orang lain berkenan kat Nelydia. Kang melepas kang. Kata Qi:-

Sebelum ini kami tidak pernah membuat kenyataan tentang status hubungan kami. Ya, kami memang berkawan dan saya akui hubungan dengan Nelydia sekarang bertambah rapat. Saya boleh melabelkan hubungan kami kini berada dalam peringkat proses mengenali hati budi masing-masing. Saya tak pernah luahkan perasaan cinta kepadanya sehingga sekarang

nelyMereka berdua sudah pun bertemu keluarga masing-masing. Untuk makluman, tahun ini umur Qi sudah pun mencecah usia 35 tahun manakala Nelydia baru 19 tahun. Umur Qi memang sesuai sangat untuk berkahwin tetapi Nelydia rasanya masih terlalu muda untuk itu. Mungkin Qi harus sabar menanti 2,3 tahun lagi. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...