Nelayan Indonesia Jumpa Kotak Dipenuhi Barang Jenama ‘Apple’ Di Laut Lepas

Dunia

Nelayan Indonesia Jumpa Kotak Dipenuhi Barang Jenama ‘Apple’ Di Laut Lepas

Tular sebuah video di TikTok apabila seorang nelayan di Indonesia menemukan barang-barang mewah saat dirinya sedang lalu dikawasan laut lepas.

Difahamkan, nelayan itu menemui barang-barang mewah berjenama Apple di perairan Bangka Belitung, Indoneisa dan kelihatan di dalam perahu beliau dipenuhi dengan kotak-kotak berisi barang elektronik.

Advertisement

Individu lelaki terbabit menjumpai kotak-kotak sedang terapung di atas lautan dan sekali gus mengambilnya biarpun perahu beliau agak kecil untuk dimuatkan dengan kotak-kotak terbabit.

Selepas berhasil mengangkat kotak-kotak itu masuk ke dalam perahu, nelayan tersebut terkejut ketika membukanya kerana ia dipenuhi dengan barang-barang elektronik jenama Apple seperti Iphone, Ipad dan Macbook.

Lantas dia membawa pulang seluruh pertemuannya itu untuk dibuka bersama isteri serta keluarga dan salah seorang anaknya memberitahu harga sebuah salah satu telefon bimbit jenama buatan Amerika Syarikat itu bernilai Rp 13 Juta (RM3,830).

Meninjau di ruangan komen hantaran video terbabit, pelbagai reaksi serta komen dari netizen mengenai pertemuan jenama Apple itu dan ada juga yang memberi peringatan kepada individu terbabit kerana mengviralkan video tersebut, berkemungkinan besar barang-barang itu akan diminta oleh pihak polis.

Bukan sekotak, tapi BERKOTAK-KOTAK ye abang nelayan ni jumpa!

Ibu Zulfarhan
2 years ago

"Kalau Betul Dia Mencuri, Saya Sanggup Bayar 6, 7 Ribu Untuk Anak Saya Hidup.." - Ibu Arwah Zulfarhan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Suara.Com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...