Baru-baru ini, melalui platform TikTok, seorang wanita mualaf berkongsikan tentang masalah rumah tangganya sehingga dia nekad untuk kembali ke agama asal.
Wanita mualaf serik kahwin dengan lelaki melayu Malaysia
Wanita mualaf tersebut mendakwa si suami berlaku curang dan lebih teruk, ditinggalkan dalam keadaan dirinya sedang hamil.
Kata wanita itu lagi, si suami turut pernah menjanjikan kehidupan yang lebih baik jika mengahwini dirinya tetapi semua itu hanya tinggal janji palsu sahaja.
Saya rasa lebih baik saya balik pada agama asal. Saya tinggalkan keluarga saya dan peluk Islam. Saya memang trauma dengan lelaki melayu di Malaysia.
Pihak masjid halau, pihak gereja terbuka hati bantu
Tambahannya lagi, dia pernah memohon bantuan daripada pihak masjid serta zakat untuk menampung kos menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal tetapi pihak masjid menghalaunya.
Tiada pilihan, saya pergi masjid untuk mohon bantuan. Tapi mereka ingat saya scammer dan halau saya. Saya pergi zakat, mereka kata perkara seperti ini perlukan suami.
Kesal dengan tindakan tersebut, wanita terbabit pergi ke gereja untuk minta bantuan dan pihak mereka membantu dengan terbuka hati.
Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih lebih 30,000 tanda suka daripada pengguna TikTok dan hampir 1 juta tontonan.