Nekad Kurus & Hilang 25KG Dalam 57 Hari, Gara-Gara Katil Roboh Kerana Gemuk

Trending

Nekad Kurus & Hilang 25KG Dalam 57 Hari, Gara-Gara Katil Roboh Kerana Gemuk

Its a wrap dude!! Alhamdulillah selama 57 hari aku buat #bodychallege sejak raya haritu, its totally lost 25Kg.sebelum ni pernah diet & turun sikit but awal tahun lepas naik mendadak. Terima kasih kawan2 yg byk menegur “kau dah gemuk balik doh”.semua tu pemangkin semangat utk aku.

Advertisement

Gambar ini adalah gambar sewaktu aku semester 1 di Uum.dan kini, aku dah ditahun akhir. Masih segar dalam ingatan masa nk daftar di UUM. Sewa motel di Changlun.aku baring kat katil tu..terus roboh.sedih time tu..kena marah dgn mak aku sbb robohkan katil.

Nak kecilkan badan bukan sebab nak nampak hensem atau kacak, sebab kekacakkan tu dicipta untuk semua orang.aku berusaha utk kurangkan berat badan supaya dapat memudahkan urusan kehidupan harian terutama bab ibadat & supaya lebih konfiden untuk berhadapan dengan orang ramai.

Aku share sikit mcm mana aku boleh lost 25kg dlm masa 57 hari..hehe.

Dari segi pemakanan:

1. Aku tak makan nasi
2. Aku tak minum air manis
3. Aku tak makan junkfood
4. Aku tak makan makanan proses
5. Aku tak makan makanan bertepung
6. Aku tak makan kekacang, kuih raya.
7. Aku tak makan makanan dalam tin
8. Aku tak makan roti

1. Aku amalkan air masak 3 liter
2. Aku tak skip waktu makan
3. Aku tak makan malam
4.jaga tyming makan..breakfast, lunch

Aku hanya makan sayur2, ayam kukus, ikan goreng,daging..haaa yg low carbo,low fat..

Dari segi senaman (ni paling berat nak buat)

1. Aku workout 7 minit je dik sehari.sebab aku ada astma & mudah penat.

2 jenis workout yg aku buat:

– push up
– sit up
– hand walk
– squat
– knee crunches
– jogging

3. nak buat workout tu kena kaji jugak.insyallah 5 jenis ni 3 kali ganda lebih cepat bakar lemak.
Haa itu ja. Sebelum kau nak diet, berangan tu kasi elok sikit. Hari tu aku berangan nak kurus sebab nak jadi pramugara.mampoo dik?.tak tercapai pun.tapi atleast ada usaha nk ke arah tu.

Sebagai kawan, fahami insan yg berbadan besar.bila dia tgh on diet,jangan laa perli2,kutuk2 dia..bagi semangat.kau ingat budak yg beratnye above 100kg tu senang nk kurus? semua tu kena ada semangat & support.dia nak juga macam korang.senang cari baju seluar dalam bagai.

Insyaallh mana yg nk diet tu.Amalkan tu. So korang tak payah dah nyorokkan badan belakang kawan kalau tgh bergambar.tak payah dah nak silang kaki nyorokkan lemak peha tak payah dah pakai baju hitam memanjang.tak payah dah selfie muka je..jangan tipu diri sendiri.

Before this kalau orang ckp aku gemok, aku balas balik “yang penting ada org sayang”..tpi fikir balik, kenapa kita tak sayang diri kita sendiri? gitchuuuu.

Yang badan besar tu, u all boleh turunkan berat badan, percaya lahhh..suma kena ada semangat & kawal nafsu makan..jangan malas.

Aku bebel ni actually aku tak kurus lagi.hahahahaha.still mok.

Berat sem 1/2014- 140++ kg
Berat sem 7 /2017- 80 ++ kg

JUST PROUD WHAT YOU’VE DONE

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Kredit : Reza Kefli

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...