Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nekad Berniqab, Neelofa Padam Lebih 4,000 Foto ‘Hijabster’ Di Instagram

Selepas memaklumkan kepada umum bahawa dirinya telah nekad untu berniqab, pengacara serta usahawan popular tanah air, Neelofa dilihat telah memadam semua foto ‘hijabster’ di laman Instagram miliknya.

Advertisement

Menurut laporan Gempak, posting yang dihapuskan olehnya termasuklah entri dirinya menghadiri beberapa acara fesyen terkenal dunia dan saat dirinya memperaga banyak jenama mewah antarabangsa serta cover majalah yang pernah dijalaninya sebelum ini.

Malah, meninjau ke laman Instagramnya yang mempunyai lebih 8 juta pengikut itu, daripada 7,568 kini hanya tinggal 2,648 keping foto dan video sahaja terkandung dalam akaun Instagramnya.

Advertisement

Bahkan, bakal isteri PU Riz ini juga hanya mengekalkan foto kenangan di Mekah, dan bersama ibu, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, keluarga serta tuntutan kerja serta tidak ketinggalan mengekalkan semua foto dengan penampilan baharunya iaitu berniqab.

Untuk rekod, Neelofa sebelum ini pernah mengaku bahawa dirinya kini berasa bebas dan lebih bahagia sejak memakai niqab.

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    December 7, 2020 at 10:18 pm

    semoga lofa terus istiqomah , muhasabah diri dan taat perintah allah.neelofa seorang yg berjaya bekerjaya namanye dimerata dunia.tapi masih mencari jalan untuk memperbaiki diri.dan kite manusia biasa yg tiada apa2 harta mahupun nama. siapa kite untuk menilai baik buruk org.insyaallah semoga memperbaiki diri sendiri.insyaallah hidayah milik allah.kite yg kena cari.

  2. anonymous

    December 7, 2020 at 3:10 pm

    over pulak kau mak aji ni jgn angat2 taik ayam sudah…dah elok2 pakai tudung nak berburka bagai kau biar betul tak panas ke dgn bau kurang best,apa yg kau nak tunjukkan sebenrnya…overdose

  3. Anonymous

    December 4, 2020 at 10:18 pm

    Test

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top