Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nekad Berhijab, Hannah Delisha Akui Tak Risau Soal Rezeki

Mengakui di awal penghijrahannya sekitar September lalu dirinya pernah terfikir soal rezeki, namun pelakon cantik Hannah Delisha dedah beliau kini langsung tidak risau kerana percaya dengan ketentuan dan segala rezeki adalah daripada Allah.

Advertisement

Katanya, apa yang penting baginya kini adalah beliau sudah menjalankan tugas sebagai hambaNya.

“Saya pernah terfikir adakah akan terganggu sesetengah kerja setelah berhijab? Tetapi bila fikir balik apa yang penting saya berhijab untuk siapa? Untuk Allah. Rezeki pun datang dari Allah, Dia yang tentukan dan izinkan rezeki datang kepada kita. Jadi saya tak perlu risau, yang penting saya dah buat kerja sebagai hambaNya dan berasa lebih tenang.”

Kata Hannah, beliau juga telah menerima tawaran daripada satu jenama tudung terkemuka dan akan mengumumkan tentang hal tersebut kelak.

“Saya tak nak tertekan sangat fikir pasal rezeki. Dari dulu saya berserah pada Allah. Syukur Alhamdulillah saya ada terima tawawan daripada satu jenama tudung terkemuka. Saya akan bagitahu lebih lanjut nanti.”

Terdahulu, Hannah dikatakan telah lama menyimpan hasrat untuk bertudung, namun niat baik itu terbantut kerana beliau difahamkan masih terikat dengan penggambaran drama.

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. tecit

    December 17, 2020 at 4:46 pm

    hijrah itu mudah, istiqamah itu susah. semoga kite same2 istiqamah dalam berbuat ape2 kebaikan dan merapatkan diri pada Allah. dont be afraid to be jugded by human coz the only fair judge is Allah.

  2. anonymous

    December 17, 2020 at 11:27 am

    ni tudung chipsmore ni…sekejap ada sekejap tak LOL

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top