Berkongsi sebuah video memaparkan suaminya Mohd Daud McKienzie yang juga seorang mualaf dan anak sulungnya Gia Quinn McKienzie mengikuti kelas agama yang dikendalikan oleh seorang ustazah, ruangan komen di salah sebuah posting di Instagram pelakon Lana Nodin dibanjiri pujian netizen.
Menerusi entri berkenaan, suami dan anaknya dilihat sedang mempelajari cara dan bacaan dengan betul ketika menunaikan solat.
Hantaran itu juga seakan menyaksikan luahan hati Lana yang sentiasa bersyukur mempunyai keluarga yang bahagia dan amat berbangga dengan apa yang mereka sedang lakukan bersama.
Rentetan itu, rata-rata pengikutnya dilihat tampil menzahirkan kata-kata positif buat Lana sekeluarga.
Bahkan, ramai juga yang tumpang gembira melihat Lana mendidik anak dan suaminya ke arah yang lebih sempurna.
Tidak ketinggalan, usaha Daud untuk mempelajari Islam dengan lebih mendalam turut menerima kata puji daripda netizen yang beranggapan bahawa lelaki berusia 41 tahun itu sangat profesional dan tidak segan untuk belajar bersama-sama dengan anak sulungnya.