Nek Jah – I Tak Ada Masa Nak Dating, Duduk Umah Lagi Bagus

Hiburan

Nek Jah – I Tak Ada Masa Nak Dating, Duduk Umah Lagi Bagus

azizah mahzan sepi

Lama sungguh tak mendengar cerita pasal Azizah Mahzan ataupun lebih dikenali di BeautifulNara dengan nama femesnya Nek Jah. Buat anda yang masih tak tau, Nek Jah adalah bekas isteri Nasir Bilal Khan. Untuk tahun 2010 nie, nampaknya Nek Jah tak berazam untuk berkahwin semula.

Advertisement

Kami suka dengan falsafah cinta Nek Jah:-

[note]Kalau saya tidak mempunyai teman lelaki atau suami, saya masih boleh bernafas. Misalnya, saya akan cipta sesuatu perkara yang ceria dan kenapa saya perlu menyusahkan diri-sendiri? Kita patut menikmati keseronokan dalam menjalani kehidupan ini. Konsep sanggup berkorban demi cinta tiada dalam diri saya. Saya sudah biasa hidup bersendirian.[/note]

Tak sangka puitis gak Nek Jah nie. Yang nie plak pandangan Nek Jah pasal lelaki:

[note]Mungkin kalau saya ada teman lelaki atau suami, saya akan mudah rasa lemas sebab nak kena selalu fikirkan tentang dirinya. Daripada saya fikirkan tentang lelaki, lebih baik saya mengadap komputer. Saya tidak suka mengawal dan dikawal tetapi lebih suka hidup bebas. Saya ada akal fikiran, jadi mengapa saya perlu mengawal dan dikawal. Saya jenis yang suka melakukan sesuatu perkara satu persatu. Kalau saya ada teman lelaki, ingat saya ada masa untuk melakukan semua itu. Asalkan saya senang hati, tak payah saya fikir-fikir pasal lelaki. You free to live before you die [/note]

Kami rasa Nek Jah nie mungkin mengalami mimpi buruk dalam perhubungan dia selama ini. Tapi kalau dia selesa tanpa seorang lelaki menemaninya, apa salahnya kan? Rasa-rasa korang boleh ke hidup tanya seorang lelaki @ wanita di sisi korang?

Lagi cerita penuh di Mstar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...