Nek Jah Berhenti Berlakon, Kecewa Dengan Skrip Sampah

Hiburan

Nek Jah Berhenti Berlakon, Kecewa Dengan Skrip Sampah

nek jah

Hidup Nek Jah! Hidup Nek Jah! Hidup Nek Jah. Ini baru pelakon yang betul-betul pelakon. Bukan sekadar pelakon yang fikirkan duit sahaja. Nek Jah atau nama sebenarnya Azizah Mahzan sudah pun membuat keputusan untuk berhenti berlakon kerana skrip yang diberikannya terlampau membodohkan dirinya sendiri. Ini semua bermula dengan skrip Spa Qistina, drama lakonan terakhir Nek Jah.

Advertisement

[note]Hasrat untuk berhenti berlakon sudah lama terpendam tapi disebabkan pujuk rayu dari rakan-rakan dari kalangan penerbit menyebabkan saya terus berlakon. Tapi kali ini saya tekad untuk tidak menerima sebarang tawaran lagi kerana saya benar-benar kecewa dengan skrip dan jalan cerita drama terakhir saya iaitu Spa Qistina yang ditayangkan di Astro Box Office Movies Tayangan Hebat pada awal tahun ini. [/note]

nek jah

Ini baru pelakon yang mementingkan kualiti berbanding wang ringgit yang boleh diterima. Kalau lah ramai pelakon seperti Nek Jah, confirm tak ada drama-drama bodoh lagi di kaca TV kita. Dan Nek Jah sebenarnya bukan tak dapat offer berlakon. Berlambak offer berlakon yang diterima tapi semuanya skrip bodoh-bodoh belaka.

[note]Banyak longgokan skrip yang ingin ditawarkan kepada saya untuk tahun ini, tetapi bila baca balik semuanya saya tidak berkenan. Bukan bermaksud saya meletakkan diri di satu tahap yang tinggi tetapi saya tidak mahu nampak sangat bodoh. Saya tidak kisah untuk melakonkan watak yang senang tapi apa yang saya kecewa apabila penulis skrip yang membuat skrip sambil lewa. Bila cerita banyak episod skrip juga jadi merepek-repek sehinggakan dia mengambil mudah sahaja. Contohnya, dalam skrip saya berkata anak saya pergi ke luar negara belajar pada episod pertama, tapi dalam episod yang sudah berpuluh-puluh lain pula tiba-tiba anak saya berada di Malaysia. Bila saya tegur kesinambungan drama tersebut, mereka dengan mudah kata penonton tidak perasaan hal itu. [/note]

Apa penulis skrip drama Malaysia ingat penonton Malaysia semua bodoh-bodoh belaka? Nanti petang sikit Abang Nara postkan satu email daripada pembaca yang berjaya mengesan kebodohan skrip drama Malaysia. Kepada Nek Jah, semoga terus maju jaya dengan apa jua bidang yang diceburi selepas ini. Kredit berita kepada Mstar.

P.S: Ketahui status kesihatan tubuh badan anda dengan Nestle Profiler Test.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...