Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang Paling Tinggi Cuba Rentas Negeri

COVID-19

Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang Paling Tinggi Cuba Rentas Negeri

Kini sudah masuk hari ke-2 kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Walaupun larangan rentas negeri telah dikuatkuasakan, ramai rakyat Malaysia yang masih berdegil dan terus ingkar dengan arahan yang diberikan.

kredit – Bebas News

Melalui sidang yang telah diadakan pada hari ini, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang merupakan negeri yang merekodkan cubaan merentas yang tertinggi.

Advertisement

menteri kanan kluster keselamatan

Negeri yang mencatatkan cubaan rentas negeri untuk pulang ke kampung, yang tertinggi adalah Selangor, 685 kes, Negeri Sembilan (133) dan Pahang (72) .

Untuk makluman semua PDRM akan meningkatkan pantauan dan juga mengambil tindakan yang keras terhadap mereka yang masih ingkar dengan arahan larangan rentas negeri.

kredit – motoqar

Sebanyak 214 kompaun telah dikenakan disekatan jalan raya dan 14 kompan dikenakan kepada pengguna jalan raya yang dikesan merentasi negeri dan berada di kampung halaman masing-masing.

Jika anda rasa anda selamat menggunakan jalan tikus dan sebagainya, anda pasti akan dicari. 

Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob juga menyatakan bahawa bukan sahaja individu yang memandu ditahan, malah mereka yang telah “selamat” sampai ke kampung halaman juga telah dikompaun hasil pemeriksaan pematuhuan prosedur PKPB.

Sumber : RTM

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...