Mengambil langkah untuk mendapatkan pemeriksaan doktor selepas dikhabarkan mengalami rasa kurang sihat tempoh hari, pelakon dan usahawan terkemuka tanah air, Aeril Zafrel berkongsi sepotong video dirinya melakukan ujian saringan COVID-19.
Menurut suami kepada pelakon Wawa Zainal ini, dirinya seakan bersyukur kerana mendapati ujain tersebut menunjukkan keputusan neagtif. Perkara ini secara tidak langsung mengesahkan dirinya bebas daripada virus tersebut.
Aeril mendedahkan berita tersebut dalam sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
“Meleleh air mata, keputusan dapat semalam, Alhamdulillah negatif covid, positif handsome.”
Menjengah ke ruangan komen rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa syukur dengan perkhaaran tersebut. Malah wujud juga segelintir peminatnya berkongsi pengalaman yang sama semasa menjalani ujian saringan tersebut.
Selain terhibur dengan selorohnya, ramai juga yang menggambarkan rasa pedih ketika melakukan ujian itu.
Untuk rekod, pekembangan terbaru COVID-19 di Malaysia dilihat semakin pulih dan memberangsangkan. Hal ini demikian kerana, sebanyak 6 kes baharu sahaja direkodkan semalam, malah jumlah kes sembuh terbaharu pula mencatat angka 45 orang dan menjadikan jumlah kes masih aktif dirawat sebanyak 244 pesakit sahaja.