Negara Sedang Tenat Kerana COVID-19, Tetapi Rakyat Malaysia Lebih Pentingkan Balik Kampung

Trending

Negara Sedang Tenat Kerana COVID-19, Tetapi Rakyat Malaysia Lebih Pentingkan Balik Kampung

Kelmarin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu 18 Mac hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.

Tujuan perintah kawalan pergerakan ini dilakukan adalah untuk menghalang segala pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Advertisement

Baca: Perdana Menteri Umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Mac Sehingga 31 Mac ini.

Belum habis kisah ‘Panic buying’ yang telah berlaku baru-baru ini, semalam kecoh pula di Twitter mengenai keadaan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan yang turut diserbu oleh orang ramai.

Perkara tersebut telah mendapat kecaman ramai kerana rata-rata rakyat dikatakan lebih mementingkan diri kerana tetap pulang ke kampung meskipun perbuatan itu mampu mendedahkan bahaya kepada diri sendiri dan orang sekeliling.

“Malaysians are sick, I think we need a full lockdown”

pendapat netizen di Twitter

Rakyat Malaysia telah pun dinasihatkan supaya tidak pulang ke kampung dan kekal di kawasan masing-masing. Tetapi arahan tersebut berlalu seperti angin sepi dan tidak diendahkan semua.

Komen netizen tanda tidak puas hati dengan apa yang berlaku

Menurut sumber, majoriti yang berkerumun di TBS terdiri daripada penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) yang tiada tempat untuk dituju selepas kampus mereka memberikan arahan mengosongkan asrama dengan kadar segera.

Berikut komen dari twitter

Rata-rata pelajar IPTA dan IPTS telah meninggalkan komen selepas menerima kecaman daripada netizen selain meminta orang ramai memahami keadaan mereka.

“ipta tutup so kafe kene tutup, mane nk dpt makanan? Beli luaq? Byk lanje, minyak moto la grab la, kalau bahan mentah ayam sume tu nk simpan mane? Frozen food nk simpan mane?”

Komen dari Pelajar IPTA meminta untuk memahami situasi mereka

Sehingga kini masih ramai yang berdegil dan tetap berkumpul di tempat awam seolah-olah tidak mengendahkan perintah kawalan yang dikeluarkan.

Baca: Hari Petama Perintah Kawalan Pergerakan Orang Ramai Ingkar Penuhi Tempat Awam Seperti Biasa 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...