Negara Berdepan Musim El Nino, Bekalan Air Masih Terkawal – SPAN

Trending

Negara Berdepan Musim El Nino, Bekalan Air Masih Terkawal – SPAN

SPAN

Berikutan fenomena El Nino yang dijangka akan berterusan sehingga Mac depan, SPAN memaklumkan bahawa bekalan air masih dalam keadaan terkawal.

Advertisement

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Mohd Ridhuan Ismail berkata sehingga kini paras air di empangan utama khususnya di Lembah Klang berada pada paras 90 peratus.

“Hanya dua empangan air di Johor iaitu Empangan Upper Layang dan Empangan Sungai Lebam yang mempunyai simpanan air yang agak rendah iaitu pada paras 30 peratus.

“Empangan Gemencheh di Negeri Sembilan pula mempunyai paras simpanan air yang rendah,” katanya kepada Bernama dan BernamaTV di sini, hari ini.

Mohd Ridhuan berkata pihaknya menasihatkan pengguna untuk menggunakan air dengan berhemah kerana fenomena El Nino ini akan menjurus ke paras puncak Februari atau Mac depan.

Jelasnya lagi, SPAN sentiasa bekerjasama dengan operator di seluruh negara untuk memantau kedudukan sumber air di empangan dan sungai yang membekalkan sumber air mentah ke loji rawatan air.

Ditanya mengenai kebarangkalian berlakunya catuan air berjadual seperti yang berlaku pada tahun lepas, beliau berkata berdasarkan situasi semasa, masih tidak ada keperluan untuk melaksanakan catuan air berjadual.

“Punca air sebenarnya bergantung kepada kuasa kerajaan negeri, apa-apa cadangan untuk mengadakan catuan berjadual ini perlu dikemukakan kepada SPAN untuk mendapatkan kelulusan.

“Jadi cadangan kita kepada operator bekalan air supaya memantau lebih rapi, saya rasa kalau ada catuan kita menasihakan operator ini memberikan notis lebih awal kepada SPAN,” katanya. – BERNAMA

sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...