Negara Asia Sudah Pakai Terlalu Lama, Pakar Microsoft Terpegun Lihat Kaunter Pembayaran Guna RFID

Teknologi

Negara Asia Sudah Pakai Terlalu Lama, Pakar Microsoft Terpegun Lihat Kaunter Pembayaran Guna RFID

Satu perkongsian daripada MVP Microsoft dalam Aplikasi dan Perkhidmatan M365 Microsoft Teams, Graham Walsh di media sosial baru-baru ini ternyata telah mendapat perhatian warga maya dari negara Asia, khususnya.

Graham yang membeli belah di sebuah butik terkemuka Jepun di London berasa teruja apabila dia kali pertama dapat membayar menggunakan sistem RFID.

Advertisement

pakar microsoft teruja lihat cara pembayaran guna rfid

Jika anda pernah berkunjung ke Uniqlo Malaysia misalnya, anda mesti pernah membayar harga pakaian secara layan diri dengan meletakkan baju di sebuah kiosk khas dan akan diimbas di mesin tersebut.

Teknologi pembayaran di kedai membuatkan kami kagum. Letakkan sahaja item di kawasan pembayaran, di mana semuanya diimbas melalui teknologi RFID. Sukar untuk menarik perhatian saya, tetapi ini sangat mengagumkan!

Susulan itu, ramai pengguna aplikasi threads membalas kenyataan Graham dengan mengatakan bahawa sistem itu sebenarnya sudah sangat lama diguna pakai di negara ini.

rfid self checkout

Malah, muncul juga netizen dari Indonesia, Singapura dan Jepun mendakwa perkara yang sama.

Apatah lagi jika ia dikemukakan oleh seorang individu seperti Graham yang sudah lama berkecimpung dalam dunia teknologi selama lebih dua dekad, pastinya ia mengundang pelbagai reaksi dan respon dari netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sohai scammer
1 day ago

Pengasas Replyr.ai Perkenal Aplikasi Chatbot "SOHAI" Untuk Memerangkap Penipu Dalam Talian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...