July 28th, 2020

Menzahirkan rasa kesal selepas tahap keupayaan berbahasa Melayu dibandingkan dengan YouTuber masakan sensasi iaitu S. Pavithra, penyanyi Neeta Manisha akui perbuatan membandingkan dirinya dan wanita tersebut adalah melampau kerana kedua-dua mereka mempunyai latar belakang yang berbeza.

neeta bengan dibandingkan dengan pavithra

Menurutnya, ketika menghadiri sebuah rancangan televisyen, tindakannya bertutur dalam bahasa Inggeris mendapat perhatian netizen. Hal ini kerana, wujud segelintir pihak tidak bertanggungjasab menyuruh dirinya bercakap dalam bahasa Melayu kerana menetap di Malaysia.

“Saya bengang apabila ada rang bandingkan saya dengan Pavithra, saya rasa itu melampau. Bagi saya, anda tak bleh bandingkan saya dengan Pavithra, saya rasa itu melampau.”

neeta bengan dibandingkan dengan pavithra

Tidak mahu berdiam diri, Neeta tampil menegaskan bahawa beliau dan Pavithra adalah dua individu yang berbeza, malah tidak segan mengakui Pavithra lebih fasih bertutur dalam bahasa Melayu berbandingnya.

Tambah Neeta, kecaman yang menimpa dirinya adalah tidak relevan kerana beliau acap kali mendendangkan lagu-lagu dalam bahasa Melayu sepanjang kariernya bergelar sebagai serang penyanyi.

neeta bengan dibandingkan dengan pavithra

“Untuk saya, bahasa Inggeris adalah bahasa pertama dan bahasa Melayu adalah bahasa kedua saya sebab tu kadang-kadang ada pelat.”

Rentetan itu, Neeta menyatakan kepada netizen supaya lebih peka dengan apa yang mereka tulis di media sosial. Hal ini kerana perkara itu memberi impak yang agak besar kepada seserang individu yang dikecam.

Bagaimanapun, vokalis kumpulan IamNEETA itu langsung tidak menyalahkan Pavithra dalam hal ini malah turut mendoakan yang terbaik buat Pavithra dan suaminya M Sugu yang terlibat dalam dakwaan kes pukul baru-baru ini.

Sumber: mStar


One response to “Neeta Manisha Bengang Netizen Sering Bandingkan Dirinya Dengan Pavithra”

  1. Anonymous says:

    no komen

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...