Kah kah kah. Tergelak sakan Abang Nara membaca komen-komen yang membuat gurauan mengorat Neelofa di salah satu status Facebook pengacara itu. Selepas menafikan dirinya menjadi isteri ketiga seorang menteri dan juga mengumumkan jumlah jualan tudung Naelofar mencecah RM50 juta, Neelofa telah tampil memaklumkan yang dirinya masih muda serta tidak terburu-buru untuk bergelar seorang isteri.
Neelofa juga menegaskan sekali lagi bahawa gosip dirinya menjadi isteri ketiga seorang menteri adalah sampah semata-mata. Apa yang mencuri perhatian Abang Nara ialah ayat-ayat manis para jejaka yang mengambil kesempatan untuk cuba mengorat Neelofa. Kelakar-kelakar jugak rakyat Malaysia ini rupanya. Hehehe.
Mana tahu dalam ramai-ramai jejaka tersebut, ada yang akan berjaya mencuri hati Neelofa. Abang Nara ucapkan goodluck buat anda. Kalau ada jodoh tak ke mana kan?
Buat Neelofa, sementara masih muda ini, perkukuhkan dulu empayar perniagaan anda. Insya Allah satu hari nanti pasti akan bertemu jodoh. Kalau bukan dengan orang lain, dengan Abang Nara pun boleh jugak. Eh, eh, eh.