Selepas tujuh tahun mengendalikan rancangan MeleTop, Neelofa membuat pengumuman mengejutkan bahawa dia tidak akan lagi mengacarakan program tersebut bermula tahun depan. Disember ini adalah bulan terakhir dia bertugas sebagai pengacara di MeleTOP.
Neelofa tidak dapat menahan perasaan hiba dan sedih saat mengumumkan pengunduran dirinya itu ketika siaran langsung rancangan itu semalam.
Neelofa menangis umum bakal
tinggalkan MeleTOP
Netizen sedih Neelofa berhenti
mengacara
Untuk makluman anda, Neelofa mula mengendalikan program MeleTOP pada tahun 2012 bersama rakan pengacaranya, Nabil Ahmad.
Berbicara mengenai siapakah yang bakal menggantikan Neelofa, pihak Astro berkata perkara itu akan diumumkan pada bulan Januari nanti.
Agak sedih juga mendengar pengumuman Neelofa ini dan kami pasti ramai yang akan merinduinya. Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik buat Neelofa, semoga dia terus sukses.

Alan
December 6, 2019 at 12:56 pm
Ptutnye ganti 2-2, bg Muke baru
Anonymous
December 5, 2019 at 11:16 am
tertengok 3 saat masa mencari siaran hari tu MELETOP sekali ternampak Hanez dan suaminya Romiang terus tukar saluran memang dari dulu tak menonton meletop sebab ada lopak dan nabil menyampah.
lopak nak belajar macam mana nak caras laki orang ye. ambillah laki anzalna, hanez, dan ramai lagi retis2 berlagak kayaraya tu
Anonymous
December 5, 2019 at 10:58 am
good news… ramai happy sgt oiii lopak dh xder yahuuuuuu!!!!!
Puikk
December 4, 2019 at 6:34 pm
Nangis le sgt.. padahal sbb berhenti ada program baru menanti.. malasnyq nak tgk program baru tu