Neelofa Tulis Mengenai Sikap Hipokrit Artis, Nur Fazura Terasa Hati?

Hiburan

Neelofa Tulis Mengenai Sikap Hipokrit Artis, Nur Fazura Terasa Hati?

Setiap hari Ahad, Neelofa akan menulis di Harian Metro menerusi ruangan yang diberi nama “Nota Neelofa“. Abang Nara memang setiap minggu tidak akan terlepas membaca hasil karya pelakon jelita ini. Secara jujur, Neelofa memang ada bakat menulis. Mungkin satu hari nanti boleh tulis novel. Semalam, topik yang ditulis oleh Neelofa amat menarik iaitu mengenai sikap segelintir manusia yang terlampau lantang menceritakan masalah peribadi menerusi akaun sosial.

neelofa fazura

Advertisement

Menariknya menerusi nukilan kali ini, Neelofa menyentuh mengenai sikap hipokrit sesetengah artis. Abang Nara memang bersetuju dengan pendapat Neelofa. Abang Nara perhatikan memang banyak artis-artis kita terutamanya yang sering dilanda kontroversi bersikap seperti yang ditulis oleh Neelofa. Sedikit nukilan Neelofa untuk tatapan anda.

Lofa juga nak menyentuh sedikit mengenai segelintir artis atau mungkin “public figure” yang suka bersikap hipokrit dalam lama sosial. Perangai macam ini tidak akan ke mana sebab sebagai insan yang diperhati ramai, jangan biar umum “define who you are, you just go to be yourself”.

Paling sedih bila ada juga yang suka menggunakan nama Allah untuk menunjukkan diri mereka sentiasa berada di jalan benar dan tersangat baik. Menggunakan kata-kata positif agama atau nama Allah untuk sesuatu perkara dan pada masa yang betul memang Lofa sangat sokong, tetapi jika tiap kali menggunakan taktik sama untuk menunjukkan imej yang kononnya baik, bagi Lofa itu psiko.

Merendah-rendahkan atau memalukan individu lain melalui laman sosial menunjukkan betapa rendahnya IQ seseorang itu. Bagi Lofa senang saja, kalau betul kita sebagai artis tersilap langkah, jangan perbesarkan isu atau mencambahkan isu itu. Malah, yang harus dibuat adalah mohon maaf dan “move on” atau Lofa lebih selesa berdia diri.

Terlalu banyak lagi perkara yang jauh lebih penting dalam hidup ini yang Lofa perlu beri perhatian daripada menjawab atau memberi reaksi kurang matang terhadpa mereka yang ingin menjatuhkan kita. Kadangkal memang terasa seperti ingin balas tetapi bila Lofa fikir balik, ya Allah betapa kecilnya mereka ini dan rendahnya tahap pemikiran mereka untuk Lofa “play their game”.

fazura

Apa yang menarik perhatian Abang Nara ialah apabila terbaca “tweet” Nur Fazura yang seolah-olah memberikan reaksi terhadap apa yang ditulis oleh Neeelofa. Adakah Fazura merasakan nukilan Neelofa itu ditujukan kepadanya? Tulis Fazura di akaun Twitternya:-

neelofa fazura

Hmmmm. Diharap Neelofa dan Fazura tidak bergaduh antara satu sama lain. Kedua-duanya ada peminat yang amat besar yang pasti akan menyokong selebriti kegemaran mereka. Bagi Abang Nara, tulisan Neelofa lebih kepada pendapatnya secara umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa. Fazura pun Abang Nara tengok okay je selama ini di akaun sosial. Tak adalah bersikap hipokrit atau sebagainya. Jadi jangan gaduh-gaduh atau terasa hati sesama sendiri ye.

P.S: Ford Focus Sedan kekalkan gelaran model paling laris 2013

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...