June 22nd, 2017

Fuh. Memang kecoh betul kes “kehilangan” Neelofa dan Nabil dari program MeleTOP Selasa lalu. Setelah diperiksa, Nabil Ahmad kini sedang menunaikan umrah. Manakalah Neelofa pula sepatutnya memang turut sama terbang ke Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah, akan tetapi oleh kerana masalah mahram, hasrat Neelofa terpaksa ditundakan. Berikut adalah kiriman mesej daripada pihak pengurusan Neelofa yang memaklumkan pengacara itu sedang bercuti, sekaligus menafikan desas-desus punca lain “kehilangan”nya di MeleTOP.

neelofa

Jadi buat anda yang tertanya-tanya, inilah jawapan sebenarnya. Neelofa bukan “hilang” tetapi sedang bercuti. Tidak ada kena mengena dengan kehadiran Fazura dan Fattah Amin ke rancangan MeleTOP. Abang Nara yakin sekiranya Neelofa tidak bercuti, pasti dia akan mengacara rancangan tersebut tanpa mengira tetamu. Selebriti-selebriti kita semua profesional dan bertanggungjawab.
neelofa bercuti meletop

Kepada peminat Neelofa, diharap bersabar dan menanti sehingga pengacara kegemaran anda habis bercuti untuk menatap wajahnya kembali di MeleTOP. Sumber Mstar Online.
beautifulnaraP.S: Khas untuk pembaca BeautifulNara, dapatkan tawaran SPECIAL & HEBAT dari HABIB bersempena 72 jam sebelum Hari Raya Aidilfitri ini. Anda boleh dapat potongan RM3 segaram untuk barang emas 916/999 dan 5% diskaun untuk barang kemas berlian serta permata. Hanya perlu download baucar di https://rantaiankasih.habibjewels.com/beautifulnara dan tunjuk ketika membuat pembelian. Inilah masa terbaik untuk anda beli gelang, rantai dan cincin emas.


Comments are closed.

Loading...