Penafian daripada sumber istana Kelantan telah pun kita dengari, namun pelakon jelita Neelofa terus mengambil sikap berdiam diri dan enggan memberikan sebarang komen mengenai gosip perkahwinannya dirinya dengan kerabat diraja Kelantan. Neelofa sekadar mengucapkan ‘selamat hari raya’ sambil berlalu pergi dengan tersenyum manis ketika ditemui di Hotel Sunway Resort sempena majlis pelancaran 1Malaysian Icon.Â
Pengurus Neelofa, Shawn Amer memaklumkan yang mereka terpaksa bergegas pulang kerana Neelofa mempunyai kelas untuk dihadiri ketika pihak media cuba mengejar pengacara Nona ini untuk mendapatkan komennya. Nampaknya Neelofa masih belum bersedia untuk memberikan sebarang ketenangan mengenai gosip yang bertiup amat kencang ini. Sama-samalah kita nantikan penjelasan apabila Neelofa sudah bersedia kelak. Sumber asal MalaysianDigest.
P.S: Perodua Axia dilancarkan secara rasmi