Netizen terkejut saat selebriti popular Neelofa memuat naik foto dirinya tidak berhijab di Insta Stories semalam.
Bertindak pantas dengan memadam foto berkenaan selepas ia menjadi tatapan umum, Neelofa tampil menjelaskan perkara sebenar dan memohon maaf atas apa yang berlaku. Sepatutnya foto tersebut dikongsi dengan teman rapatnya sahaja.
Terdahulu, Neelofa memuat naik foto sedang memakai topeng wajah (masker) dengan kapsyen mengatakan suntikan steroid membuatkan kulitnya kering dan wajahnya bengkak.
Ramai juga yang menyangka mungkin akaun media sosialnya itu digodam. Apa-apa pun, beliau bernasib baik kerana cepat menyedari kesilanpannya itu sebelum ia menjadi lebih sensasi.