Neelofa Terkilan Permohonan Maaf Dikatakan Tidak Ikhlas

Hiburan

Neelofa Terkilan Permohonan Maaf Dikatakan Tidak Ikhlas

Mengambil sedikit masa untuk membuat permohonan maaf agar isu pelancaran tudungnya di kelab malam tidak terus dipanjangkan lagi, ada segelintir pihak yang mempersoalkan keikhlasan Neelofa memohon maaf.

Advertisement

Terkilan dengan pihak yang mempertikaikan tindakannya itu, Neelofa tidak menolak kemungkinan ada orang ingin mengambil kesempatan atas kontroversi berkenaan.

Pihak syarikat sudah membuat permohonan maaf secara terbuka. Saya juga sudah memohon maaf kerana menimbulkan nilai-nilai sentimen berikutan majlis yang saya buat. Saya juga sudah menjelaskan satu-persatu di Instagram mengenai perkara itu.

Saya tidak mahu panjangkan isu ini. Saya tahu dalam keadaan sekarang ramai yang mahu ambil kesempatan untuk menonjolkan diri. Namun, saya ikhlas dan ambil setiap komen netizen dari sudut positif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala teguran, nasihat dan kata-kata semangat sepanjang isu ini berlaku. Saya hargai keprihatinan anda semua.

Bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak dan pastinya akan timbul pelbagai tuduhan memandangkan isu tersebut masih lagi belum reda. Buat masa ini harapnya Neelofa banyakkan bersabar ya.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

133 Comments

  1. Anonymous

    March 5, 2018 at 7:45 pm

    Inilah dugaan dunia…. Allah dah uji sikit je tu. Nk tengok sejauh mana ketakwaan ko bila diberi kesenangan. Sama2 lah memperbaiki diri!

  2. Anonymous

    March 5, 2018 at 7:34 pm

    Tudung tidak melambangkan iman seseorang…tetapi title Hajjah itu hanya mereka yg diberi peluang sahaja yg dapat. Maka, pertahankanlah title mulia itu…

  3. 4U2C

    March 5, 2018 at 7:32 pm

    Kesian….cantik tapi brainless.

    • anon

      March 5, 2018 at 10:50 pm

      cantek kat celah mana??? muka biasa2 gini ko kata cantek?? Yg cantek mcm si fazura, fasha, fathia, siti saleha…. dia ni plain jane je..

  4. Anonymous

    March 5, 2018 at 6:41 pm

    Delete la pic kat club tu

  5. miss flower

    March 5, 2018 at 6:27 pm

    Dari style jadi pengacara meletop pun dh tau ada sombong sikit. Tapi hope neelofa ambil masa utk merehatkan diri dulu dri onscreen bcs we need time to forget what has happen. Sila lah muhasabah diri kak lofa..after all we r not perfect but we can help each other to becme a better person.

    • Anonymous

      March 5, 2018 at 6:37 pm

      Terus hilang dr industri hiburan lagi bagus. Bagi peluang org berbakat atau org lain dalam industri ni cari makan lagi bagus.

Loading...