Mengambil sedikit masa untuk membuat permohonan maaf agar isu pelancaran tudungnya di kelab malam tidak terus dipanjangkan lagi, ada segelintir pihak yang mempersoalkan keikhlasan Neelofa memohon maaf.
Terkilan dengan pihak yang mempertikaikan tindakannya itu, Neelofa tidak menolak kemungkinan ada orang ingin mengambil kesempatan atas kontroversi berkenaan.
Pihak syarikat sudah membuat permohonan maaf secara terbuka. Saya juga sudah memohon maaf kerana menimbulkan nilai-nilai sentimen berikutan majlis yang saya buat. Saya juga sudah menjelaskan satu-persatu di Instagram mengenai perkara itu.
Saya tidak mahu panjangkan isu ini. Saya tahu dalam keadaan sekarang ramai yang mahu ambil kesempatan untuk menonjolkan diri. Namun, saya ikhlas dan ambil setiap komen netizen dari sudut positif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala teguran, nasihat dan kata-kata semangat sepanjang isu ini berlaku. Saya hargai keprihatinan anda semua.
Bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak dan pastinya akan timbul pelbagai tuduhan memandangkan isu tersebut masih lagi belum reda. Buat masa ini harapnya Neelofa banyakkan bersabar ya.