Kalau Abang Nara jadi Neelofa, pasti diri ini pun akan terkejut juga. Tak pasal-pasal nama sendiri terpalit di dalam kontroversi kes khalwat Shah Jaszle. Untuk makluman, rupa-rupanya ketika bertemu dengan Farah, Shah Jaszle menunjukkan SMS menuntut hutang yang kononnya dihantar oleh Neelofa pada ketika itu juga.
Neelofa sendiri melahirkan rasa terkejutnya apabila mengetahui apa yang dilakukan oleh Shah Jaszle. Kata Neelofa:-
Lofa sendiri terkejut apabila membaca laporan kononnya Lofa menghantar SMS kepada Shah Jaszle, meminta hutang dilunaskan. Lofa tidak pernah berbuat demikian. Nombor telefon dia pun Lofa tak simpan, macam mana Lofa nak SMS dia?
Lagi pun, kami memang sudah lama tidak berhubungan. Apa yang Lofa ingat, Lofa minta duit itu dipulangkan sekitar dua tahun lalu. Lofa sendiri tidak tahu apa tujuan dia mengaitkan nama Lofa dalam perkara itu
Pelik juga kan? Mungkin Shah Jaszle menyimpan SMS tersebut dan menggunakannya untuk meraih simpati. Yang penting, Neelofa sudah halalkan hutang tersebut kerana enggan memanjangkan cerita. Kata Neelofa:-
Ada banyak lagi perkara lain yang Lofa kena fikir. Sebelum kepala Lofa bertambah pening, jadi Lofa halalkan saja hutang itu. Bukanlah nak kata wang RM5,000 itu tidak penting buat Lofa, cuma malaslah nak panjangkan cerita.
Semoga selepas ini Neelofa tidak lagi dikaitkan dengan apa-apa berita yang berkaitan dengan Shah Jaszle. Kesian pulak Abang Nara tengok Neelofa. Tak pasal-pasal nama jadi buruk. Kepada Shah Jaszle, kalau ada duit nanti, bayarlah hutang itu. Walaupun dah dihalalkan, jadilah lelaki bertanggungjawab dan pandai membayar hutang.