February 7th, 2020

Siapa yang tidak kenal dengan Neelofa, bukan sahaja cantik dan popular, malah dia juga seorang wanita bijaksana yang mampu membina empayar perniagaan jutaan ringgit.

bayaran neelofa air asia

Kejayaan demi kejayaan diraih olehnya, mungkin ada yang lupa Neelofa juga telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif untuk syarikat penerbangan terkenal iaitu AirAsia pada tahun 2018.

Pelantikan itu mendapat persetujuan sebulat suara ahli lembaga pengarah syarikat tersebut atas sebab Neelofa seorang yang bijak, mempunyai idea di luar kotak dan seorang ikon wanita muda yang berjaya di Malaysia.

bayaran neelofa air asia

Tidak dinafikan, ramai juga yang tertanya apa sebenarnya tugas Neelofa dengan jawatan yang begitu besar? Macam tiada sebarang perkembangan terkini mengenainya, tetapi tidak mustahil ianya rahsia syarikat dan mungkin ada sumbangannya yang tidak diumumkan.

Terbaru, resit bayaran Neelofa sebagai salah seorang ahli lembaga Safety Review Board untuk AirAsia pada tahun 2018 tular di Twitter. Kalau dilihat pada jumlah bayaran, memang lumayan betul iaitu sebanyak RM279,375 tidak termasuk elaun berjumlah RM8,000.

neelofa airasia neelofa airasia neelofa airasia

Ada segelintir netizen tidak faham dan agak keliru, mengapa pula  Neelofa dimasukkan di bawah Safety Review Board sedangkan dia langsung tiada latar belakang atau sebarang pengetahuan mengenai keselamatan penerbangan.

Mereka juga tertanya-tanya cadangan dan usaha apa yang telah dilakukan oleh Neelofa sehingga dia boleh menerima pendapatan sebanyak itu.

neelofa neelofa air asia neelofa

Bagaimanapun, ada juga netizen berpendapat Neelofa memang layak untuk menerima bayaran tersebut dan tidak perlu dipersoalkan lagi. Mungkin ada sahaja usahanya untuk mencetuskan transformasi baru untuk AirAsia cuma ia adalah rahsia syarikat.

Sumber Berita : Twitter


9 responses to “Neelofa Terima Bayaran Lebih RM280k Untuk Jawatan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia”

  1. Lopak & co . says:

    Worst airline ever …. Stewardess dia berlagak banggang …

    No more airasia …. Dah la pro Najib ….

    Ni bayar pulak beratus ribu kat lopak for no reason

  2. Misah lawak says:

    Aiyo misah. Betul apa benda alah ni memang kita boleh tengok. Lawak la ayat dia ive done saman2 pffttt.

  3. misah says:

    you are funny too mashita :) looks like kau pun busy gak reading gossips kan..haha..yup, because i’ve done saman2 orang for issues alike and won, and i AM in the corporate and yes as u can see, i was not busy. nak join me for tea? i still have 31 mins before work resumes. and no, aku tak sedih. never been happier :)

  4. dhj says:

    misah, mn2 public listed company, even gaji tukang sapu pun kita boleh tahu laa… sila buka mata besar2

Loading...