Neelofa Terharu Drama Suri Hati Mr. Pilot Dapat Selamatkan Rumah Tangga Penonton

Hiburan

Neelofa Terharu Drama Suri Hati Mr. Pilot Dapat Selamatkan Rumah Tangga Penonton

Siapa sangka drama yang ditayangkan adaptasi daripada sebuah novel iaitu Suri Hati Mr. Pilot dapat menyelamatkan rumah tangga penontonnya yang sedang retak menanti belah.

Advertisement

Itulah yang diberitahu oleh pelakon utamanya, Neelofa dimana beliau juga terkejut tetapi pada masa yang sama terharu  bahawa watak Ejaz dan Warda dapat memulihkan hubungan dalam rumah tangga.

Jujur saya terharu apabila dimaklumkan elemen positif yang dipaparkan mampu menyebarkan mesej kepada ramai. Saya fikir penonton sekadar minat sebaliknya ia meninggalkan kesan mendalam termasuk terhadap pasangan yang berdepan masalah rumah tangga seperti diceritakan kawan saya itu.

Kebetulan kawan saya mengenali pasangan berkenaan. Suami wanita itu ada berpesan mahu mendapatkan poster yang mempunyai tanda tangan saya selepas isterinya bersalin nanti.

Menurut Neelofa, pasangan berkenaan menghadapi kemelut rumah tangga sejak awal tahun ini tetapi masih lagi cuba menyelamatkan hubungan mereka demi zuriat di dalam kandungan si isteri. Hampir setiap malam mereka akan mengikuti drama tersebut.

Saya difahamkan setiap malam mereka mengikuti turun-naik hubungan Ejaz dan Warda dalam mengharungi kehidupan berumah tangga, namun akhirnya kebahagiaan melatari karakter berkenaan selepas masing-masing meninggalkan ego dan bertolak ansur.

Watak Ejaz dan Warda sendiri memaparkan saat mereka bergaduh dan masing-masing ada ego sendiri. Tetapi dua watak itu cuba bertolak ansur dalam setiap masalah atau rintangan yang dilalui. Kawan saya beritahu banyak babak yang ditonton menerusi drama itu terus membuatkan mereka mahu hidup bersama.

Wah, memang sesuatu yang jarang kita dengar apabila sesebuah drama itu mampu untuk mengubah hidup orang lain. Namun, apa yang pasti ia juga adalah ketentuan Illahi.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...