Neelofa Tepis Gosip Kembali Bercinta Dengan Hans Isaac

Hiburan

Neelofa Tepis Gosip Kembali Bercinta Dengan Hans Isaac

Neelofa dan Hans Isaac sudah lama membawa haluan masing-masing, namun masih ada yang berspekulasi mereka kini kembali bercinta apabila melihat mereka berdua tetap rapat dan berkawan baik.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Neelofa memberitahu hubungan mereka berdua tidak lebih daripada sahabat baik. Dahulu, Hans ada menyatakan mereka akan terus berkawan meskipun Neelofa bertemu dengan pengganti.

Saya masih berkawan dengannya, malah komunikasi tetap seperti dahulu. Hans ada memberitahu, jika ditakdirkan saya bertemu pengganti, kami tetap akan berkawan. Hans juga tidak pernah menghalang saya berkawan dengan sesiapa.

Pada masa yang sama, Neelofa akui beliau sudah bersedia untuk bertemu dengan seseorang yang bakal menjadi peneman hidup beliau. Namun, beliau tidak merasa terlalu tertekan apabila memikirkan soal jodoh.

Secara peribadi, saya sudah bersedia, malah ingin sekali bertemu dengan lelaki yang bakal menjadi teman hidup saya.

Saya sudah berusia 27 tahun, tetapi usia tidak pernah memberi saya tekanan untuk segera bertemu jodoh. Saya percaya masih belum terlewat untuk saya bertemu pasangan hati.

Tidak salah untuk kita terus berkawan rapat dengan bekas kekasih, kisah cinta lalu usah dikenang lagi. InshaAllah satu hari nanti Neelofa akan bertemu dengan jejaka yang bakal melengkapi hidupnya.

Sumber Berita : Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...