January 27th, 2017

Masih lagi dihimpit dengan gosip cinta bersama Fattah Amin, Neelofa sekali lagi menegaskan hubungan baik beliau dan Fattah hanya atas dasar profesional. Malah, mereka hanya berjumpa atas urusan kerja sahaja dan tidak mempunyai sebarang sengketa seperti yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Saya dan Fatah sebenarnya tidak pernah ada masalah seperti digembar-gemburkan dan kami juga sama-sama sibuk dengan kerjaya masing-masing. Jika bertemu pun hanyalah atas urusan kerja sahaja.

Pada masa yang sama, Neelofa memberitahu beliau sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini sekiranya jodoh beliau tiba.

Saya memang menyasarkan untuk berkahwin pada usia 28 tahun sebelum ini dan saya sejujurnya sudah bersedia ke arah itu tetapi jadi atau tidak, saya serahkan kepada Allah. Perkaitan Fattah dalam soal ini, sebenarnya itu semua datang daripada orang lain yang mengimpikan hubungan kami sampai ke jinjang pelamin dan saya tiada kuasa untuk mengawal soal itu.

Ditanya mengenai  persamaan paras rupa di antara dirinya dengan Fattah yang menguatkan  lagi jodoh di antara mereka, Neelofa  berpendapat ia cuma satu kebetulan sahaja dan percaya bahawa persefahaman adalah perkara yang lebih utama dalam membina sesuatu hubungan.

Susah untuk saya katakan kerana tidak semestinya wajah kami ada iras akan ada jodoh di antara kami kerana saya percaya keserasian dan persefahaman yang membina sesuatu hubungan.

Kami doakan Neelofa cepat bertemu dengan jodohnya. InshaAllah, satu hari nanti hasrat beliau untuk mendirikan rumah tangga akan termakbul.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...